KPS 3014 PENGURUSAN BILIK DARJAH (KUMPULAN 3)
Friday, June 4, 2021
Wednesday, June 2, 2021
APA ITU PENGURUSAN BILIK DARJAH? (SOFEA BALKISH BINTI CHE MOHAMED)
- Konsep bilik darjah terdiri daripada dua perspektif utama iaitu sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, dan sebagai satu sistem ekologi di mana wujudnya interaksi antara ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah (Choong 2009).
- Bilik darjah merupakan persekitaran yang terdiri daripada sekumpulan pelajar dan guru yang terlibat dalam aktiviti berbentuk pendidikan untuk mencapai keberhasilan pelajar (Doyle 1986).
- Menurut perspektif Islam pula, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber organisasi yang cekap Pengurusan bilik darjah adalah istilah yang digunakan oleh guru untuk menerangkan proses memastikan pelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar dan berkesan walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku pelajar.
- Menurut Haliza dan Samuel (2014), pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai satu bidang yang lebih meluas berbanding hanya kawalan bilik darjah serta peraturan sahaja.
- Pengurusan bilik darjah juga merupakan satu proses untuk memastikan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berjalan dengan efektif dan berkesan.
- Suasana pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada proses penyampaian ilmu pengajaran oleh guru malah ia turut melibatkan faktor pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar.
- Persekitaran bilik darjah yang baik serta berkualiti dan kondusif akan mewujudkan proses pengajaran yang selesa dan menyeronokkan bagi guru dan pelajar.
- Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah ini penting dalam sesebuah sekolah kerana ia akan mempengaruhi pencapaian pelajar.
MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU (NUR AFIQAH BINTI ABDUL HALIM)
MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F. SKINNER
RAJAH 1: Burrhus Frederic Skinner
- Model ini telah diasaskan oleh Burrhus Frederic Skinner yang merupakan pakar dalam bidang Psikologi.
- Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner ini menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran yang penting untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.
- Prinsip peneguhan yang dinyatakan adalah merupakan dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
- Peneguhan positif didefinisikan sebagai satu rangsangan yang diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, memberikan markah merit kepada murid ataupun pujian.
- Peneguhan negatif pula merupakan rangsangan dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini misalnya guru mengambil komik ataupun majalah dari tangan murid supaya murid sedar bahawa tindakannya adalah salah.
- LINK YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=_Nt4J8T-vLU
MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER
RAJAH 2: Lee dan Marlene Canter
- Model ini telah ditubuhkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976 dan berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
- Model ini lebih memberi penekanan terhadap penetapan dan penguatkuasaan peraturan dan peraturan tersebut perlu dipatuhi oleh murid dan juga menerangkan berkenaan dengan jenis guru di dalam bilik darjah.
Terdapat tiga jenis guru yang telah dinyatakan di dalam model ini:
1. Guru Agresif
- Guru agresif merupakan guru yang bersifat autokratik yang suka menggunakan salah kuasa dalam mendidik dan tidak bertolak ansur.
2. Guru yang Tidak Asertif
- Guru yang tidak asertif iaitu merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif dan sukar difahami oleh murid manakala yang terakhir adalah guru yang asertif iaitu guru yang menunjukkan sifat yang mempunyai matlamat dengan jelas, bertanggungjawab dan sentiasa berdisiplin dalam kerjayanya.
3. Guru yang Asertif
- Guru yang mempunyai ciri-ciri seperti jelas dan yakin dalam bilik darjah, tidak membawa imej yang garang malah bersikap tegas yang disenangi oleh murid, membantu dan membentuk murid untuk mempunyai tingkah laku yang baik
MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS
RAJAH 3: Rudolf Dreikurs
- Model ini diasaskan oleh Rudolf Dreikurs yang menekankan bahawa guru sentiasalah perlu mengenalpasti punca salah laku.
- Menurut model ini telah dinyatakan tingkah laku yang bermasalah berpunca daripada motif-motif seperti untuk mendapatkan perhatian, mencabar kuasa seorang guru, membalas dendam ke atas ketidakpuashati murid kepada guru dan juga mempamerkan kekurangan masing-masing.
- Oleh yang demikian, bagi memastikan murid lebih mudah memahami guru perlu melatih dan memberi latihan yang jelas supaya murid dapat melakukan kawalan diri yang baik semasa di bilik darjah.
- LINK YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=hRkKP01C-MA
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN
RAJAH 4: Jacob Kuonin
- Model ini telah diasakan oleh Jacob Kuonin pada tahun 1971 yang merupakan seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State Universiti.
- Model ini lebih menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.
- Menurut Kounin teguran yang diberikan oleh guru kepada seorang murid itu turut memberikan kesan gelombang terhadap murid yang lain.
- Contohnya guru memberi teguran yang jelas supaya murid lain juga mudah memahami tindakan yang seharusnya mereka lakukan seperti “Ahmad tolong berhenti menggangu rakan awak dan sila buat latihan yang saya berikan dengan kadar segera supaya awak dapat menghantar latihan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.”
- Oleh yang demikian dengan contoh teguran tersebut lebih jelas untuk murid memahami dan melakukan tindakan yang diingini.
- LINK YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=p0UsyW6x2Qs
MODEL PENGURUSAN DISIPLIN THOMAS GORDON
RAJAH 5: THOMAS GORDON
- Thomas Grdan merupakan pengasas bagi model ini dan juga merupakan ahli psikologi yang sangat hebat dengan mencapai pelbagai kejayaan.
- Model ini menerangkan bahawa kepercayaan Gordon terhadap disiplin boleh dicapai di dalam bilik darjah.
- Langkah-langkah Pelan Disiplin Gordon:
- mencegah masalah sebelum berlaku
- menggunakan konsep “Masalah Siapa?”
- berdepan dengan masalah tingkkah laku murid
- mengasah kemahiran mendengar
- melakukan penyelesaian konflik yang berkesan
- LINK YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=EnQ8x8S5ny8
MODEL BEYOND DISCIPLINE ALFIE KOHN
RAJAH 6: Alfie Kohn
- Model ini diasaskan oleh Alfie Kohn yang lebih dikenali dalam mempromosikan konsep bilik darjah sebagai sebuah komuniti. Kohn pula menyatakan bahawa komuniti bilik darjah adalah satu tempat yang murid rasa disayangi mahupun menyayangi antara satu sama lain.
- Kohn juga menyatakan dalam konsep BEYOND DISCIPLINE guru bukan sahaja memberi peraturan malah guru perlu fikir dan faham tujuan peraturan diwujudkan.
- Kohn menggariskan beberapa perkara seperti tujuan sekatan, fleksibel mengikut kesesuaian dengan murid, cara penyampaian dan penglibatan murid dalam bilik darjah supaya guru dapat membuat pertimbangan semasa menetapkan peraturan.
- Tiga perkara yang guru perlu beri perhatian adalah tentang pembelajaran murid, memberi peluang kepada murid memilih aktivit yang diminati dan membuat perbincangan dalam bilik darjah.
MODEL TERAPI REALITI OLEH WILLIAM GLASSER
RAJAH 7: William Glasser
- Model ini telah diasaskan oleh William Glasser yang merupakan seorang Psikiatari dan Konsultan Pendidikan.
- Beliau telah menyatakan asas utama dalam model ini adalah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu adalah berasaskan pilihan yang dibuat yang mengikut keperluan-keperluan individu tersebut.
- Model ini menekankan berkenaan satu teknik kaunseling untuk membantu individu.
- Guru boleh menggunakan model ini sebagai panduan dalam melakukan sesi kaunseling bersama pelajar. Tambahan pula, melalui terapi ini guru dapat membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang dilakukan, mengemukakan pelan perancangan untuk membantu murid tersebut dan bertindak sebagai pembimbing ataupun mentor kepada murid.
- Model ini juga menyatakan beberapa cara yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan mutu pengajaran iaitu kenali murid dan bimbing murid, guru perlu bersifat membimbing, sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian murid dan yang paling penting guru sentiasa memberi galakan untuk murid supaya murid dapat berusaha yang membuahkan hasil yang terbaik.
References
ABAS, H. (2012). TAHAP,
AMALAN DAN MASALAH PENGURUSAN BILIK DARJAH. SEGAMAT: Fakulti Pendidikan
UITM.
ARI, A. (n.d.). PENGURUSAN BILIK DARJAH. SCRIBD,
96.
HAMZAH, H. (2016). PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
TINGKAH LAKU. SHAH ALAM: OXFORD FAJAR SDN BHD.
OTHMAN, A. M. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru
Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru. Jurnal Pendidikan Malaysia,
21.
Salleh, M. H. (2009). PENGURUSAN BILIK DARJAH. Pengajaran
dan Pembalajaran: Teori dan Praktis, 2-3.
ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH (MAHFUZAH BINTI MOHD FAUZI)
1. MERANCANG
- Guru perlu merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran yang mereka perlu capai di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Guru juga perlu menentukan pendekatan, strategi dan kaedah mengajar yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.
- Aktiviti dan tugasan yang ingin diberikan oleh guru perlulah sesuai dengan tahap pencapaian murid terhadap sesuatu topik tersebut.
- Pemilihan tempat pembelajaran juga perlu dibuat oleh guru sama ada proses pengajaran dan pembelajaran ingin dilakukan di bilik darjah, makmal, pusat sumber, ataupun di luar kawasan sekolah.
2. MENGELOLA
- Selepas merancang aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan dalam bilik darjah, guru perlu memberikan arahan yang jelas kepada murid.
- Perkara ini supaya murid mengetahui perkara yang perlu dilakukan serta memahami hala tuju pembelajaran mereka.
- Contohnya guru perlu memberitahu tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut. Kemudian guru perlu memberitahu perkara-perkara yang perlu murid lakukan dan hasil yang diinginkan di akhir aktiviti tersebut.
3. MENGAWAL
- Guru mengawasi murid untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang selesa berserta dengan bahan pembelajaran yang mencukupi.
- Guru juga perlu memastikan bahawa murid turut melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
- Sekiranya ada murid yang tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah, guru boleh memanggil pelajar tersebut dan berikan nasihat. Namun sekiranya berlarutan, guru boleh menghantarnya ke unit disiplin untuk tindakan selanjutnya.
- Guru juga perlu memastikan murid yang memerlukan perhatian akan mendapat bimbingan dan diberikan aktiviti pemulihan dan murid yang telah menguasai konsep pembelajaran diberikan aktiviti pengayaan.
4. MEMBUAT REFLEKSI
- Guru menganalisis keberkesanan strategi, kaedah, bahan bantu mengajar serta latihan dan tugasan yang diberikan sama ada ia sesuai untuk diteruskan ataupun tidak.
- Sekiranya ia tidak sesuai untuk diteruskan, guru perlu bersikap terbuka dan bertanggungjawab untuk membuat perubahan terhadap pendekatan yang digunakan terhadap murid-murid.
- Guru perlu bersedia untuk mencuba alternatif lain dan mempertimbangkan maklumat daripada alternatif tersebut.
- Perkara ini sangat membantu guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
5. HUBUNGAN GURU-MURID
- Hubungan positif antara guru dan murid mampu memberikan pengaruh terhadap tingkah laku murid serta pencapaian mereka dalam pelajaran.
- Guru perlu mahir dalam membentuk hubungan yang prihatin, bersikap asertif serta bijak dalam mencorek pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
- Guru adalah penggerak utama di dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu menunjukkan tahap dominan yang bersesuaian supaya murid-murid mudah untuk memberikan kerjasama.
- Guru juga perlu menggalakkan murid untuk berfungsi sebagai satu pasukan supaya hubungan antara murid dengan murid dapat terbentuk.
6. MENGURUS
- Guru perlu memastikan rutin dalam bilik darjah dipatuhi oleh murid-murid agar bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang terurus.
- Contohnya aktiviti mengemas bilik darjah perlu dilakukan setiap hari mengikut jadual supaya bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih dan selesa sebelum memulakan pelajaran pada hari tersebut.
- Guru juga perlu memastikan bilik darjah mempunyai kelengkapan yang mencukupi seperti papan kenyataan, papan putih, almari, dan lain-lain serta teratur.
- Suasana bilik darjah yang kondusif dapat memberikan semangat kepada murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah.
PERANAN GURU: PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH ( NOR FATIN FILZAH BINTI MISS)
Guru perlu memastikan persekitaran fizikal yang kondusif dan selamat merangkumi susunan dan reka bentuk fizikal, sumber bahan pembelajaran, ruang pada dinding, sudut pembelajaran, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot dan kebersihan.
1. SUSUNAN DAN REKA BENTUK FIZIKAL DI DALAM BILIK DARJAH
- Susun atur fizikal di dalam bilik darjah boleh menampkkan
autoriti dan stail pengajaran seorang guru, menimbulkan rasa kesepuyaan dan membolehkan
interaksi di dalam kelas.
- Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan
mudah dan cepat serta memberikan peluang kontak mata antara guru dengan murid.
- Susunan tradisional , susunan berkumpulan, susunan seminar.
2. SUMBER
BAHAN PEMBELAJARAN
- Memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan menggunakannya.
- Memberikan peluang kepada guru untuk mengajar murid Cara menyimpan bahan dengan tersusun iaitu mereka boleh bertanggungjawab ke atas bahan pembelajaran di dalam kelas.
3. RUANG
PADA DINDING
- Menyediakan jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi serta senarai Nama murid di kelas tersebut dan digunakan untuk menampal maklumat-maklumat tersebut di papan kenyataan.
4. SUDUT
PEMBELAJARAN
- Menyediakan sudut-sudut khas di dalam bilik darjah khusus untuk aktiviti tetentu, misalnya satu ruang kosong di mana murid boleh duduk di atas lantai dan mendengar cerita atau ruang membaca atau ruang untuk komputer.
5. PENGCAHAYAAN
, PENGUDARAAN DAN PERABOT
- Guru perlu memastikan pengcahayaan, pengudaraan berada dalam keadaan baik serta perabot di dalam kelas dapat berfungsi dengan baik dan mencukupi mengikut bilangan pelajar.
- Contohnya: kipas, lampu, meja, kerusi dan sebagainya.
6. KEBERSIHAN
- Guru Perlu memastikan kelas berada dalam keadaan bersih serta para pelajar perlu mengikut jadual tugas kebersihan yang telah ditetapkan.
PERANAN GURU: PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL (NURUL MAZLIYANA BINTI MARJUN@MASJUR)
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL ?
- Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu
dengan persekitaran sosial. Persekitaran psikososial pula ialah berkaitan
dengan interaksi yang berlaku antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan
guru dan pelajar dengan persekitaran (Fraser, 1994).
- Persekitaran bilik darjah
yang baik akan mempengaruhi sikap serta pencapaian pelajar di sekolah
berkenaan. Persekitaran
psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri berikut:
- suasana kelas yang mesra
- mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
- menggalakkan pembelajaran koperatif.
- Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif
1. Kemahiran komunikasi
- Komunikasi yang berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Kemahiran berkomunikasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran menghantar dan menerima maklumat. Kemahiran menghantar maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai ketika di dalam bilik darjah. Kemahiran menerima maklumat ialah respons yang diberikan oleh pelajar.
2. Corak
interaksi
- Interaksi dua hala yang digunakan oleh guru seperti perbincangan, kaedah penyelesaian, soal jawab kerana pelajar dapat memberi idea dan melontarkan pandangan. Interaksi sehala juga ada digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran di bilik darjah. Ini bermaksud guru sahaja yang mengawal proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tersebut.
3. Pendekatan
pengajaran
- Guru perlu mengambil kira keperluan pelajar, gaya pembelajaran pelajar. Contohnya pelajar tersebut tidak memahami topik bulatan dalam subjek Matematik, maka guru tersebut perlu menyediakan alat serta formula yang memudahkan pelajar tersebut untuk faham. Gaya pembelajaran pula ialah cara pelajar menyusun maklumat, berfikir membuat inferens serta menyelesaikan masalah. VAKT merupakan gaya pembelajaran yang menggunakan sensori dan boleh dibahagikan kepada empat iaitu visual, auditori ,kinestetik dan taktil
- Pelajar yang bersensori visual lebih selesa belajar melalui pemerhatian ketika di bilik darjah.
4. Gaya
kepimpinan
- Gaya kepimpinan terbahagi kepada empat iaitu autokratik, demokratik, laize-faire serta kontingensi. Keempat-empat ini mempunyai ciri yang berbeza. Kebiasaannya guru-guru akan menggunakan kepimpinan demokrasi di dalam bilik darjah. Contohnya,guru akan memberi peluang bersuara kepada pelajar,mendengar pandangan serta memberi peluang murid membuat keputusan.Ini akan mewujudkan persekitaran psikososial.
PERANAN GURU: PERATURAN/RUTIN DALAM BILIK DARJAH (DG. KU NUR FAZWENA FAIN BT PG SAIDTUDIN)
1. PERATURAN
- Semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, guru perlu:
- Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas.
- Hadkan bilangan peraturan.
- Selaras dan tidak bercanggah dengan peraturan sekolah.
- Peraturan yang dibentuk adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran.
- Contoh peraturan:
2. RUTIN
- Rutin merupakan Prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka dlm bilik darjah. Membantu murid menyelesaikan sesuatu aktiviti di dalam bilik darjah secara sistematik, terurus dan menjimatkan masa.
- Contoh rutin:
1. Masuk bilik makmal mengikut mata pelajaran
seperti subjek Sains yang memerlukan eksperimen
STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH (HABEEBAH MAISARAH BINTI MD.SAFAR)
Terdapat 12 strategik yang boleh digunakan oleh para guru dalam mengurus bilik darjah:
1. Temu Ramah Pelajar
- Guru hendaklah bertanyakan kepada pelajar tentang apa yang diminati oleh mereka ketika belajar bagi meningkatkan tahap keberkesanan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai contoh, guru bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar terutamanya masalah dalam pendidikan.
2. Beri
peluang kepada pelajar untuk membantu dalam menetapkan garis panduan
- Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membantu dalam pengurusan kelas seperti menyediakan jadual tugasan harian. Dengan cara ini, para pelajar akan lebih mengingati tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan seperti yang terkandung di dalam peraturan kelas yang ditetapkan bersama guru. Selain itu juga, pelajar dapat mempelajari cara untuk membuat jangkaan dan peraturan.
3. Berikan hadiah
- Guru boleh menaikkan motivasi pelajar dengan memberikan hadiah kepada mereka sekiranya mereka berjaya membuat sesuatu. Dengan cara ini juga, pelajar lain yang melihat akan terinspirasi dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja mereka.
4. Pertimbangkan pengajaran rakan sebaya
- Guru boleh menggunakan pendekatan pengajaran rakan sebaya bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Hal ini kerana sebilangan besar daripada pelajar akan lebih memahami apa yang dipelajari apabila diajar oleh rakan mereka. Oleh itu guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan pengajaran rakan sebaya yang mana terdiri daripada pelajar yang mahir dan kurang mahir dalam sesuatu mata pelajaran.
5. Atasi tingkah laku buruk secepat mungkin
- Guru mestilah menangani masalah tingkah laku pelajar dengan cepat supaya tidak mengganggu pelajar lain terutamanya ketika belajar. Cara ini bertujuan bagi mencegah perkara buruk tersebut melarat dan kemudian diikuti oleh pelajar lain. Sebagai contoh, ponteng sekolah, merokok, tidak menyiapkan tugasan dan sebagainya.
6. Bina keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran
- Guru haruslah mewujudkan kegembiraan dalam sesuatu topik yang ingin dipelajari bagi menarik minat pelajar seterusnya memberikan tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Secara tidak langsung guru juga dapat menajamkan ingatan pelajar tentang apa yang dipelajari. Sebagai tamsilnya, mengadakan kuiz secara berkumpulan atau mencipta lagu bagi memudahkan pelajar untuk menghafal.
7. Elakkan menghukum kelas.
- Apabila salah seorang dari pelajar kelas yang diajar membuat kesalahan, guru tidak boleh sama sekali untuk menghukum satu kelas tersebut. Sekiranya pelajar tersebut membuat bising atau mengganggu pelajar lain untuk belajar, guru boleh menggunakan pendekatan seperti bertanyakan kepadanya sama ada ingin mengajukan soalan atau tidak.
10. Sentiasa memberi pujian
- Guru perlulah sentiasa memuji pelajar yang membuat sesuatu pekerjaan dengan baik supaya pelajar lebih bersemangat untuk mengulangi tingkah laku positif. Sebagai contoh, sekiranya terdapat pelajar yang nakal membuat sesuatu kebaikan, guru perlulah memuji pelajar tersebut dan selitkan beberapa nasihat. Dengan cara ini, guru dapat meningkatkan motivasi pelajar tersebut untuk berubah ke arah kebaikan.
11. Gunakan komunikasi bukan lisan
- Selain lisan, guru digalakkan untuk menggunakan komunikasi bukan lisan seperti tindakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar tentang apa yang disampaikan. Sebagai contoh, guru membuat demonstrasi cara mengambil wuduk dengan betul.
12. Galakkan pelajar untuk melibatkan diri.
- Guru hendaklah melibatkan pelajar sewaktu proses pembelajaran bagi meningkatkan semangat mereka untuk belajar seperti meminta pelajar untuk membaca teks.
JADIKAN SINGAPURA SEBAGAI CONTOH DALAM MENGURUS BILIK DARJAH (NORASYIRAH BINTI MOHD TAHANG)
- Negara Malaysia merupakan negara yang sering menjadikan negara lain sebagai contoh bagi memastikan sistem pendidikan negara yang lebih efektif. Oleh, itu salah satu negara jiran yang boleh dijadikan contoh dalam pengurusan bilik darjah adalah negara Singapura.
- Di Singapura, peringkat sekolah rendah, pelajar di beri penekanan terhadap tahap kemahiran, pemilikan maklumat dan kepentingan seseorang pelajar. Pelajar-pelajar juga diagihkan mengikut kumpulan dan dalam kumpulan tersebut mereka belajar sehingga gred enam. Hal ini cukup penting bagi menilai kekuatan pendidikan sedia ada. Jika pelajar lulus peperiksaan, maka dia boleh meneruskan pembelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Keputusan peperiksaan pelajar akan menentukan kesinambungan latihan, pengkhususan dan aktiviti penyampaian bahan.
Fakta berkaitan Sistem Pendidikan Singapura:
- Singapura merupakan salah satu negara yang mendapat pengiktirafan sistem pendidikan terbaik dunia
- Menjadikan pendidikan sebagai keperluan dalam pembangunan ekonomi
- Berjaya mencipta sistem pendidikan tersendiri
- Guru-guru mesti menjalani latihan di Institusi Pendidikan Nasional (NIE) bagi melahirkan guru yang berkualiti tinggi.
- NIE membuat model pengajaran baru iaitu Model Pendidikan Guru Abad Ke-21
- Metode pembelajaran simulasi digital juga semakin berkembang di Singapura .
- Menekankan keterlibatan ibu bapa dalam memastikan nilai-nilai yang diajarkan di sekolah dapat diperkuat. Oleh itu dua platform diperkenalkan iaitu ‘Parent Support Group’(PSG) dan perjumpaan tahunan di setiap sekolah.
- Menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran secara meluas.
- Pelajar dapat mengakses Internet bagi tujuan pembelajaran di dalam kelas secara percuma
- Mengaplikasikan sepenuhnya pembelajaran digital abad ke-21 di dalam kelas