APAKAH ASPEK-ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH?
1. MERANCANG
- Guru perlu merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran yang mereka perlu capai di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Guru juga perlu menentukan pendekatan, strategi dan kaedah mengajar yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.
- Aktiviti dan tugasan yang ingin diberikan oleh guru perlulah sesuai dengan tahap pencapaian murid terhadap sesuatu topik tersebut.
- Pemilihan tempat pembelajaran juga perlu dibuat oleh guru sama ada proses pengajaran dan pembelajaran ingin dilakukan di bilik darjah, makmal, pusat sumber, ataupun di luar kawasan sekolah.
2. MENGELOLA
- Selepas merancang aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan dalam bilik darjah, guru perlu memberikan arahan yang jelas kepada murid.
- Perkara ini supaya murid mengetahui perkara yang perlu dilakukan serta memahami hala tuju pembelajaran mereka.
- Contohnya guru perlu memberitahu tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut. Kemudian guru perlu memberitahu perkara-perkara yang perlu murid lakukan dan hasil yang diinginkan di akhir aktiviti tersebut.
3. MENGAWAL
- Guru mengawasi murid untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang selesa berserta dengan bahan pembelajaran yang mencukupi.
- Guru juga perlu memastikan bahawa murid turut melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
- Sekiranya ada murid yang tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah, guru boleh memanggil pelajar tersebut dan berikan nasihat. Namun sekiranya berlarutan, guru boleh menghantarnya ke unit disiplin untuk tindakan selanjutnya.
- Guru juga perlu memastikan murid yang memerlukan perhatian akan mendapat bimbingan dan diberikan aktiviti pemulihan dan murid yang telah menguasai konsep pembelajaran diberikan aktiviti pengayaan.
4. MEMBUAT REFLEKSI
- Guru menganalisis keberkesanan strategi, kaedah, bahan bantu mengajar serta latihan dan tugasan yang diberikan sama ada ia sesuai untuk diteruskan ataupun tidak.
- Sekiranya ia tidak sesuai untuk diteruskan, guru perlu bersikap terbuka dan bertanggungjawab untuk membuat perubahan terhadap pendekatan yang digunakan terhadap murid-murid.
- Guru perlu bersedia untuk mencuba alternatif lain dan mempertimbangkan maklumat daripada alternatif tersebut.
- Perkara ini sangat membantu guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
5. HUBUNGAN GURU-MURID
- Hubungan positif antara guru dan murid mampu memberikan pengaruh terhadap tingkah laku murid serta pencapaian mereka dalam pelajaran.
- Guru perlu mahir dalam membentuk hubungan yang prihatin, bersikap asertif serta bijak dalam mencorek pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
- Guru adalah penggerak utama di dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu menunjukkan tahap dominan yang bersesuaian supaya murid-murid mudah untuk memberikan kerjasama.
- Guru juga perlu menggalakkan murid untuk berfungsi sebagai satu pasukan supaya hubungan antara murid dengan murid dapat terbentuk.
6. MENGURUS
- Guru perlu memastikan rutin dalam bilik darjah dipatuhi oleh murid-murid agar bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang terurus.
- Contohnya aktiviti mengemas bilik darjah perlu dilakukan setiap hari mengikut jadual supaya bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih dan selesa sebelum memulakan pelajaran pada hari tersebut.
- Guru juga perlu memastikan bilik darjah mempunyai kelengkapan yang mencukupi seperti papan kenyataan, papan putih, almari, dan lain-lain serta teratur.
- Suasana bilik darjah yang kondusif dapat memberikan semangat kepada murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah.
No comments:
Post a Comment