Wednesday, June 2, 2021

PERANAN GURU: PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL (NURUL MAZLIYANA BINTI MARJUN@MASJUR)

PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL ?

  • Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosial.  Persekitaran psikososial pula ialah berkaitan dengan interaksi yang berlaku antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan persekitaran (Fraser, 1994).
  • Persekitaran bilik darjah yang baik akan mempengaruhi sikap serta pencapaian pelajar di sekolah berkenaan. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri berikut:
  • suasana kelas yang mesra

  • mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea

.
  • menggalakkan pembelajaran koperatif.

  • Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif

        1. Kemahiran komunikasi

  • Komunikasi yang berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Kemahiran berkomunikasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran menghantar dan menerima maklumat. Kemahiran menghantar maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai ketika di dalam bilik darjah. Kemahiran menerima maklumat ialah respons yang diberikan oleh pelajar.

        2. Corak interaksi


  • Interaksi dua hala yang digunakan oleh guru seperti perbincangan, kaedah penyelesaian, soal jawab kerana pelajar dapat memberi idea dan melontarkan pandangan. Interaksi sehala juga ada digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran di bilik darjah. Ini bermaksud guru sahaja yang mengawal proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tersebut.

        3. Pendekatan pengajaran

  • Guru perlu mengambil kira keperluan pelajar, gaya pembelajaran pelajar. Contohnya pelajar tersebut tidak memahami topik bulatan dalam subjek Matematik, maka guru tersebut perlu menyediakan alat serta formula yang memudahkan pelajar tersebut untuk faham. Gaya pembelajaran pula ialah cara pelajar menyusun maklumat, berfikir membuat inferens serta menyelesaikan masalah. VAKT merupakan gaya pembelajaran yang menggunakan sensori dan boleh dibahagikan kepada empat iaitu visual, auditori ,kinestetik  dan taktil
  • Pelajar yang bersensori visual lebih selesa belajar melalui pemerhatian ketika di bilik darjah.

       4. Gaya kepimpinan


  • Gaya kepimpinan terbahagi kepada empat iaitu autokratik, demokratik, laize-faire serta kontingensi. Keempat-empat ini mempunyai ciri yang berbeza. Kebiasaannya guru-guru akan menggunakan kepimpinan demokrasi di dalam bilik darjah. Contohnya,guru akan memberi peluang  bersuara kepada pelajar,mendengar pandangan serta memberi peluang murid membuat keputusan.Ini akan mewujudkan persekitaran psikososial.

No comments:

Post a Comment