Terdapat 12 strategik yang boleh digunakan oleh para guru dalam mengurus bilik darjah:
1. Temu Ramah Pelajar
- Guru hendaklah bertanyakan kepada pelajar tentang apa yang diminati oleh mereka ketika belajar bagi meningkatkan tahap keberkesanan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai contoh, guru bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar terutamanya masalah dalam pendidikan.
2. Beri
peluang kepada pelajar untuk membantu dalam menetapkan garis panduan
- Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membantu dalam pengurusan kelas seperti menyediakan jadual tugasan harian. Dengan cara ini, para pelajar akan lebih mengingati tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan seperti yang terkandung di dalam peraturan kelas yang ditetapkan bersama guru. Selain itu juga, pelajar dapat mempelajari cara untuk membuat jangkaan dan peraturan.
3. Berikan hadiah
- Guru boleh menaikkan motivasi pelajar dengan memberikan hadiah kepada mereka sekiranya mereka berjaya membuat sesuatu. Dengan cara ini juga, pelajar lain yang melihat akan terinspirasi dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja mereka.
4. Pertimbangkan pengajaran rakan sebaya
- Guru boleh menggunakan pendekatan pengajaran rakan sebaya bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Hal ini kerana sebilangan besar daripada pelajar akan lebih memahami apa yang dipelajari apabila diajar oleh rakan mereka. Oleh itu guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan pengajaran rakan sebaya yang mana terdiri daripada pelajar yang mahir dan kurang mahir dalam sesuatu mata pelajaran.
5. Atasi tingkah laku buruk secepat mungkin
- Guru mestilah menangani masalah tingkah laku pelajar dengan cepat supaya tidak mengganggu pelajar lain terutamanya ketika belajar. Cara ini bertujuan bagi mencegah perkara buruk tersebut melarat dan kemudian diikuti oleh pelajar lain. Sebagai contoh, ponteng sekolah, merokok, tidak menyiapkan tugasan dan sebagainya.
6. Bina keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran
- Guru haruslah mewujudkan kegembiraan dalam sesuatu topik yang ingin dipelajari bagi menarik minat pelajar seterusnya memberikan tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Secara tidak langsung guru juga dapat menajamkan ingatan pelajar tentang apa yang dipelajari. Sebagai tamsilnya, mengadakan kuiz secara berkumpulan atau mencipta lagu bagi memudahkan pelajar untuk menghafal.
7. Elakkan menghukum kelas.
- Apabila salah seorang dari pelajar kelas yang diajar membuat kesalahan, guru tidak boleh sama sekali untuk menghukum satu kelas tersebut. Sekiranya pelajar tersebut membuat bising atau mengganggu pelajar lain untuk belajar, guru boleh menggunakan pendekatan seperti bertanyakan kepadanya sama ada ingin mengajukan soalan atau tidak.
10. Sentiasa memberi pujian
- Guru perlulah sentiasa memuji pelajar yang membuat sesuatu pekerjaan dengan baik supaya pelajar lebih bersemangat untuk mengulangi tingkah laku positif. Sebagai contoh, sekiranya terdapat pelajar yang nakal membuat sesuatu kebaikan, guru perlulah memuji pelajar tersebut dan selitkan beberapa nasihat. Dengan cara ini, guru dapat meningkatkan motivasi pelajar tersebut untuk berubah ke arah kebaikan.
11. Gunakan komunikasi bukan lisan
- Selain lisan, guru digalakkan untuk menggunakan komunikasi bukan lisan seperti tindakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar tentang apa yang disampaikan. Sebagai contoh, guru membuat demonstrasi cara mengambil wuduk dengan betul.
12. Galakkan pelajar untuk melibatkan diri.
- Guru hendaklah melibatkan pelajar sewaktu proses pembelajaran bagi meningkatkan semangat mereka untuk belajar seperti meminta pelajar untuk membaca teks.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan kenyataan dari saudari iaitu strategi pengurusan bilik darjah amat penting. Strategi yang cemerlang membantu meningkatkan minat dalam akademik buat murid-murid. Contohnya, untuk mendidik murid bukan dengan cara menghukum, Hal ini dikatakan demikian kerana, hukuman yang diberikan oleh guru seperti merotan, memarahi dan memalukan pelajar dengan tindakan yang tidak sepatutnya akan lebih menyebabkan pelajar berasa tidak seronok untuk menuntut ilmu. Tambahan lagi mereka akan belajar di dalam bilik darjah dalam keadaan ketakutan. Terdapat juga sebilangan pelajar yang hanya menyiapkan tugasan yang diberikan hanya disebabkan takut dengan hukuman yang bakal diterima daripada guru mereka. Disebabkan perkara ini juga wujudnya peniruan dalam menyiapkan tugasan, pembentangan mahupun ketika peperiksaan. Justera bagi mencapai matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti dari segi akademik akan merosot.
Oleh itu sebagai seorang pendidik, guru perlulajh memainkan peranan yang penting dengan cara memberikan didikan dijalan yang betul. Mendidik bukan menghukum, dimana guru perlu mendidik murid dengan membimbing mereka dalam sesuatu matapelajaran. Didikan dengan cara yang baik akan melahirkan rasa minat murid-murid untuk menuntut ilmu dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berkualiti iaitu cemerlang dalam bidang akademik.
Antara cara yang lain adalah memberi ganjaran seperti hadiah seperti yang disebut di atas dan memberi mereka melihat video seperti cerita Upin-Ipin
ReplyDeleteSamihah bt Lukman - Strategi pengurusan bilik darjah amat penting . Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah mengalahkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif, mengurangkan masalah disiplin
ReplyDeleteseterusnya murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.