Video pembelajaran abad Ke-21 dalam kelas di Singapura
- Negara Malaysia merupakan negara yang sering menjadikan negara lain sebagai contoh bagi memastikan sistem pendidikan negara yang lebih efektif. Oleh, itu salah satu negara jiran yang boleh dijadikan contoh dalam pengurusan bilik darjah adalah negara Singapura.
- Di Singapura, peringkat sekolah rendah, pelajar di beri penekanan terhadap tahap kemahiran, pemilikan maklumat dan kepentingan seseorang pelajar. Pelajar-pelajar juga diagihkan mengikut kumpulan dan dalam kumpulan tersebut mereka belajar sehingga gred enam. Hal ini cukup penting bagi menilai kekuatan pendidikan sedia ada. Jika pelajar lulus peperiksaan, maka dia boleh meneruskan pembelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Keputusan peperiksaan pelajar akan menentukan kesinambungan latihan, pengkhususan dan aktiviti penyampaian bahan.
Fakta berkaitan Sistem Pendidikan Singapura:
- Singapura merupakan salah satu negara yang mendapat pengiktirafan sistem pendidikan terbaik dunia
- Menjadikan pendidikan sebagai keperluan dalam pembangunan ekonomi
- Berjaya mencipta sistem pendidikan tersendiri
- Guru-guru mesti menjalani latihan di Institusi Pendidikan Nasional (NIE) bagi melahirkan guru yang berkualiti tinggi.
- NIE membuat model pengajaran baru iaitu Model Pendidikan Guru Abad Ke-21
- Metode pembelajaran simulasi digital juga semakin berkembang di Singapura .
- Menekankan keterlibatan ibu bapa dalam memastikan nilai-nilai yang diajarkan di sekolah dapat diperkuat. Oleh itu dua platform diperkenalkan iaitu ‘Parent Support Group’(PSG) dan perjumpaan tahunan di setiap sekolah.
- Menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran secara meluas.
- Pelajar dapat mengakses Internet bagi tujuan pembelajaran di dalam kelas secara percuma
- Mengaplikasikan sepenuhnya pembelajaran digital abad ke-21 di dalam kelas
Assalamualaikum w.b.t. penulisan blog ini sangatlah cantik dan menarik. Objektif pengajian tajuk Pengurusan Bilik Darjah ini ialah mengenal pasti kemahiran guru dalam menguruskan bilik darjah, mengetahui ilmu pengurusan bilik darjah di sekolah dan dapat merangka strategi dalam pengurusan bilik darjah seperti tips menjalankan aktiviti pengajaran secara berkumpulan, susunan fizikal bilik darjah terbaik, pendedahan jenis bilik darjah dan penyediaan peraturan dalam bilik darjah. Saya berharap terdapat banyak laggi blog-blog bermanfaat sebegini
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmiah yang menarik ini. Apa yang dapat saya simpulkan ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Guru haruslah mencapai objektif pengajaran dan akademik. Pengurusan bilik darjah yang berkesan haruslah membentuk suasana bilik darjah yang positif serta wujud interaksi interpersonal murid dengan guru atau murid dengan murid.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih atas ilmu yang diberikan. Saya berminat dan tertarik dengan blog kump 4 kerana penyusunan maklumat serta terdapat banyak gambar untuk rujukan. Apa yang boleh disimpulkan ialah, terdapat banyak aspek pengurusan bilik darjah ini, dan ia tidaklah terhad kepada interaksi antara guru dan murid sahaja. Oleh itu, guru sangat dititik beratkan untuk menguasai akan pengetahuan ini agar mudah apabila di sekolah nanti.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian blog yang sangat menarik ini. Saya bersetuju dengan maklumat yang saudari sampaikan kerana pengurusan bilik darjah yang baik dan terancang dapat membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan seterusnya dapat mencapai matlamat dan objektif pengajaran.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian blog ini.Maklumat yang dikongsi mudah difahami .Pengurusan bilik darjah amat penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Guru boleh mengaplikasikan kemahiran dan kreativiti yang dimiliki semasa sesi pengajaran dengan meggunakan alat bantu mengajar yang sesuai bagi menggantikan buku teks.Alat bantu mengajar dapat membantu meningkatkan kefahaman murid seperti menggunakan grafik model ataupun melalui tayangan video.Hal ini juga dapat menarik minat para pelajar serta merangsang minda para pelajar untuk berfikir secara mendalam mengenai topik yang dipelajari .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih atas perkongsian maklumat ini. pengurusan bilik darjah merupakan medium yang penting dalam meningkatkan dan menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. hal ini kerana, sebagai seorang guru, mereka perlulah merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara kreatif dan menarik supaya dapat menarik perhatian pelajar sewaktu pengajaran di dalam kelas. tambahan pula, dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran pelajar akan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang baru dan lebih yakin dalam membuat suatu keputusan.
ReplyDeleteSalam sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang menarik ini. Pada pendapat saya, pengurusan bilik darjah adalah perkara yang amat penting kepada murid-murid mahupun guru. Hal ini demikian kerana bilik darjah merupakan ruang kepada murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan secara langsung dan tidak langsung. Contoh video yang telah dikongsikan merupakan salah satu contoh yang terbaik yang sepatutnya dicontohi dalam mengamalkan pengurusan bilik darjah yang baik. Dalam hal ini, ianya akan memberikan impak yang positif kepada murid mahupun guru. Mereka akan berasa lebih selesa dan bersemangat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap masa apabila pengurusan bilik darjah mereka adalah terancang dan memberikan mereka aura yang positif. Jelasnya, murid-murid akan memperoleh dan mahir dalam pelbagai jenis aspek dengan adanya pengurusan bilik darjah yang baik.
ReplyDeleteMaklumat dan informasi yang dikongsikan adalah sangat menarik dan lengkap. Saya berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah adalah sangat penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selasa dan berkesan. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat melahirkan murid yang berjaya dan mampu untuk bersaing dengan masyarakat luar negara. Sistem pendidikan di Singapura sangat perlu dijadikan contoh agar kemampuan peningkataan mutu pendidikan di Malaysia adalah lebih baik dan berkualiti.
ReplyDeleteMaklumat dan informasi yang dikongsikan adalah sangat menarik dan lengkap. Saya berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah adalah sangat penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selasa dan berkesan. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat melahirkan murid yang berjaya dan mampu untuk bersaing dengan masyarakat luar negara. Sistem pendidikan di Singapura sangat perlu dijadikan contoh agar kemampuan peningkataan mutu pendidikan di Malaysia adalah lebih baik dan berkualiti.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian maklumat tersebut. Pengurusan bilik darjah ini sangat penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sistem pendidikan di Singapura sangat bagus jadi negara Malaysia boleh menjadikan Singapura sebagai contoh dalam mengurus bilik darjah.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian maklumat yang cukup menarik ini. Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengurusan tingkah laku pelajar tetapi merangkumi tindakan guru untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah. Kecekapan dan keberkesanan kemahiran guru dalam mengurus bilik darjah dapat menggalakkan pembentukan iklim pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara umumnya, pengurusan bilik darjah adalah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
ReplyDeleteSalam sejahtera dan terima kasih atas perkongsian maklumat tersebut. Saya berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah ini adalah sangat penting kepada guru dan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat membantu dalam mewujudkan suasana sesi pembelajaran yang kondusif. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu seseorang yang baru bergelar guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan lebih berkesan supaya dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
ReplyDeleteSalam sejahtera, blog ini sangat kemas dan teratur dijadikan sebagai rujukan. Dalam tajuk pengurusan bilik darjah ini sangat penting bagi guru untuk mendapatkan sedikit maklumat sebelum masuk ke alam persekolahan. Daripada tajuk ini saya dapat belajar tentang peranan guru dalam persekitaran fizikal bilik darjah. Hal ini kerana sangat penting untuk guru mengatur susunan meja di dalam bilik darjah bagi mengikut jumlah bilangan murid, terdapat bahan sumber rujukan dalam bilik darjah bagi mencantikkan bilik darjah, ruang pada dinding, sudut pembelajaran, dan kebersihan amat penting diutamakan. Oleh itu, blog ini mudah untuk dijadikan rujukan kepada semua pelajar-pelajar yang mengambil kursus Pengurusan pembelajaran ini. Sekian terima kasih.
ReplyDeleteSalam sejahtera. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang begitu bermanfaat. Bilik darjah yang selamat dan mempunyai persekitaran yang selesa sangat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan sesi pengajaran dapat dijalankan dengan baik tanpa perlu adanya gangguan. Bukan itu sahaja, pihak guru juga hendaklah berperanan sebagai pengurus untuk mengurus bilik darjah seperti mencantikkan bilik darjah serta menguruskan murid-murid untuk melahirkan murid-murid yang lebih berdisplin.
ReplyDeleteSalam sejahtera,bagi saya blog ini sangat kemas dan menarik bagi saya sebagai pembaca. Pada pendapat saya, topik yang dibincangkan ini sangat penting kerana dengan adanya kemahiran mengurus bilik darjah, saya percaya pembelajaran akan berjalan dengan lebih keberkesanan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete(D20201095442) Salam sejahtera, terima kasih atas perkongsian maklumat yang berfaedah dan membantu tentang tajuk Pengurusan Bilik Darjah. Pengurusan bilik darjah juga merupakan satu proses untuk memastikan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berjalan dengan efektif dan berkesan. Sekian terima kasih.
ReplyDeletesalam sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang menarik ini.
ReplyDeletepengurusan bilik darjah adalah penting dalam mengekalkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan kondusif.
(D20201094636)
Salam sejahtera semua. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat dan penting ini. Tajuk Pengurusan Bilik Darjah ini juga merupakan salah satu topik yang penting untuk dikuasai semua guru. Hal ini kerana pengurusan bilik darjah yang baik dapat menjamin keselesaan dan keberkesanan pembelajaran.
ReplyDelete