Apa itu Pengurusan Bilik Darjah?
- Konsep bilik darjah terdiri daripada dua perspektif utama iaitu sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, dan sebagai satu sistem ekologi di mana wujudnya interaksi antara ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah (Choong 2009).
- Bilik darjah merupakan persekitaran yang terdiri daripada sekumpulan pelajar dan guru yang terlibat dalam aktiviti berbentuk pendidikan untuk mencapai keberhasilan pelajar (Doyle 1986).
- Menurut perspektif Islam pula, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber organisasi yang cekap Pengurusan bilik darjah adalah istilah yang digunakan oleh guru untuk menerangkan proses memastikan pelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar dan berkesan walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku pelajar.
- Menurut Haliza dan Samuel (2014), pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai satu bidang yang lebih meluas berbanding hanya kawalan bilik darjah serta peraturan sahaja.
- Pengurusan bilik darjah juga merupakan satu proses untuk memastikan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berjalan dengan efektif dan berkesan.
- Suasana pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada proses penyampaian ilmu pengajaran oleh guru malah ia turut melibatkan faktor pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar.
- Persekitaran bilik darjah yang baik serta berkualiti dan kondusif akan mewujudkan proses pengajaran yang selesa dan menyeronokkan bagi guru dan pelajar.
- Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah ini penting dalam sesebuah sekolah kerana ia akan mempengaruhi pencapaian pelajar.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian tentang pengurusan bilik darjah. saya telah memahami tentang bilik darjah. Tajuk ini banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus saya. Bilik darjah merupakan bilik pembelajaran utama di sekolah. Guru berperanan dalam mengekalkan peraturan bilik darjah dan tingkah laku bilik darjah.
ReplyDeleteLim Hong Ming D20201093792
ReplyDeleteBerdasarkan Blog yang tekah dikemukakan oleh kumpulan 3 yang bertemakan Pengurusan Bilik Darjah. Saya dapat memahami bahawa dalam bilik darjah ia terdiri daripada dua perspektif utama iaitu sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah merupakan persekitaran yang terdiri daripada sekumpulan pelajar dan guru yang terlibat dalam aktiviti berbentuk pendidikan. Manakala, pengurusan bilik darjah pula merupakan satu proses yang dijalankan oleh seorang guru demi memastikan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berjalan dengan efektif dan berkesan.
Sekian terima kasih